BAB 6 : PERANG BERMULA
“Benar tuanku. Kewibawaan dan kepakaran Jeneral Memnon tidak boleh disangkal lagi. Tetapi, meratapi kematian beliau, bukan satu perkara yang bagus, lebih-lebih lagi ketika Raja Iskandar telah bersiap sedia untuk menghadapi kita pada esok hari,” pujuk Jeneral tersebut kepada Raja Dara. Tersentak dengan kata-kata Jeneral tersebut, Raja Dara yang tadi teringatkan kisah Jeneral Memnon mula berjalan mengelilingi Jeneral tersebut. “Jika begitu, apa cadangan kamu untuk menghalang kemaraan Raja Iskandar?” tanya Raja Dara dengan serius. “Kita sedia tahu tuanku, bahawa kita adalah halangan terakhir sebelum Raja Iskandar dapat meneruskan kempen untuk ke Timur. Jika baginda gagal esok, maka terbantutlah kempen tersebut, seterusnya menyelamatkan kerajaan dan empayar tuanku yang dibina sejak turun temurun,” jelas Jeneral tersebut. “Jadi, apa rancangan kamu untuk menghalang baginda. Tunggu! Beta rasa, beta tahu bagaimana,” sambut Raja Dara. Jeneral tersebut yang seketika itu mahu mencada...