PENDAHULUAN
Adapun
hikayatnya, yang ditulis di dalam kitab-kitab lama purbakala, oleh para
penglipur lara, mahupun para pencatat sejarah, akan pengembaraan Raja Iskandar
yang begitu kelam identitinya, dek akibat perselisihan pendapat para ilmuan
yang cerdik pandai, menimbulkan segala macam misteri.
Ada
yang mengatakan, dialah Zulkarnain yang disebutkan Allah SWT di dalam surah
Al-Kahfi, iaitu Pemilik Dua Tanduk maksud namanya. Yang mengembara sehingga ke
negara matahari terbit, yang juga membina tembok penghalang antara kaum Ya’juj
Ma’juj. Adapula yang menidakkan kerana Raja Iskandar, anak Raja Failakus, yang
lahirnya dari negara Macedonia, Rum seperti yang ditulis di dalam hikayat melayu
juga adanya mahupun hikayat Parsi, identitinya tidak melihatkan yang dia
menerima Tauhid Allah SWT, dek akibat hikayatnya yang ditulis oleh para
penglipur lara negara barat, begitu gelap sekali penceritaannya. Ada seperti
yang dongengan, ada yang ditulis menurut hawa nafsu. Ini semua akibat suasana
kehidupan semasa yang hidupnya orang ketika itu, penuh dengan hawa nafsu
semata-mata. Apapun kiranya, hikayat ini ditulis berlandaskan penceritaan semua
para ilmuan, pencatat sejarah, dan juga sang penglipur lara, tidak kira dari
Barat mahupun Timur, bagi menjadi pedoman, kepada para pembaca jua kiranya.
Sang Penglipur Lara Kerdil,
19 Ramadhan 1438 Hijrah
Comments
Post a Comment