LANGIT RINDU


LANGIT RINDU
Kertas Cadangan Drama

Shema Hanip
19-Jul-17







Tajuk: Langit Rindu
Penulis : Shema Hanip
Tema: Akasia
Pendahuluan:
Cerita ini merupakan cerita yang berkisar mengenai seorang lelaki yang hilang ingatan, dan juga mengalami tragedi yang mengorbankan nyawa keluarganya. Ketika beliau dalam kekusutan, beliau sampai ke sebuah kampung, dan tanpa disedari, beliau mempunyai kisah silam dan percintaan tragis di kampung tersebut. Beliau menjalani kehidupan normal seharian di kampung itu, dan oleh sebab satu pergaduhan, beliau ingat akan peristiwa dan memori percintaannya.
Mesej:
Penulis ingin menyampaikan bahawa
1.       Sikap ego hanya membawa kepada kerugian
2.       Sikap segelintir orang kampung yang suka memandang hina
3.       Gangsterism membawa kerugian
4.       Walau kaya, tetapi kena selalu merendah diri
Sinopsis:
Pembukaan
Mengisahkan seorang lelaki, Arman (Sopi Jikan), yang mengembara tanpa hala tuju selepas kematian keluarganya yang kaya, akibat dibunuh dalam satu rompakan, yang masih belum selesai siasatannya. Beliau akhirnya tiba di sebuah kampung. Sebaik turun dari bas, beliau menikmati pemandangan yang indah di kampong tersebut, lalu singgah disebuah kedai. Di sana, beliau dipandang seperti tidak dialu alukan, mungkin kerana beliau orang luar. Ketika hendak keluar dari kedai tersebut, beliau terpandang seorang perempuan, Syarmila (Wawa Zainal), yang sungguh ayu, berjalan di seberang jalan. Akibat kelalaiannya, beliau dilanggar sebuah motor yang dinaiki oleh ustaz Syamsul (Syukri Yahya), yang lurus bendul. Beliau mengalami sedikit kecederaan dan terseliuh. Beliau dibawa kerumahnya. Ustaz itu, tinggal berjiran dengan seorang nenek, Nek Wan, yang buta (Wan Maimunah). Ustaz Syamsul bukan cucu Nek Wan, tetapi beliau menjaga Nek Wan, yang keseorangan, selepas menamatkan pelajarannya di sebuah sekolah pondok. Bersama nenek itu, ustaz itu mengurut dan merawat kecederaan Arman. Dari situ, bermulalah persahabatan antara Arman dan Ustaz Syamsul.
Sub Plot
Syarmila selalu menghantar makanan di rumah mereka, kerana kasihan dengan Nek Wan. Ustaz Syamsul menaruh hati dengan Syarmila. Arman juga begitu, tetapi seperti ada yang tidak kena dengan perasaan itu. Oleh kerana Syarmila anak keluarga berada yang agak terkenal dengan kekerasan, Ustaz Syamsul hanya memendam hati, juga, setiap kali Syarmila menghantar makanan ke rumah mereka, baliknya, beliau dimarahi oleh bapanya, Tuan Khalid (Usop Wilcha) dan juga diugut oleh abangnya, Zaki Rock (Khir Rahman), seorang gangster. Zaki Rock dikenali sebagai seorang gangster besar dan beliau diketuai oleh seorang pemuda siam, Somchai (Bront Palarae), yang menguruskan perniagaan haram. Arman memutuskan untuk tinggal di kampung itu, dan membantu Ustaz Syamsul menguruskan kolam ikan air tawarnya, dan membantu dalam pengurusan masjid. Walaupun kehadirannya seperti tidak diterima, beliau tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa, dan cuba berusaha untuk diterima, tetapi gagal. Berita mengenai kehadiran Arman diketahui oleh Zaki Rock, dan Zaki Rock sering mengganggu dan mengugut Arman, supaya beliau keluar dari kampung itu. Kadang kala, habis kolam mereka dirosakkan oleh Zaki Rock dan kuncunya. Tuan Khalid juga merestui perbuatan mereka. Setelah selesai menghantar makanan ke rumah Nek Wan, Syarmila menuju ke kolam ikan untuk menghantar bekal kepada Arman dan Ustaz Syamsul. Mereka berdua keberatan untuk menerima kerana takut Syarmila akan di apa – apakan oleh Zaki Rock dan konconya. Seperti yang diduga, Zaki Rock lalu di kolam ikan tersebut bersama Somchai, dan dia terlihat adiknya sedang berbual dengan mereka berdua. Zaki Rock begitu marah, dan menarik adiknya dengan kasar dan memukulnya. Perbuatannya cuba dihalang oleh Ustaz Syamsul yang tiba – tiba berlagak seperti gangster bagi menakut – nakutkan geng Zaki Rock. Akibatnya, beliau dibelasah oleh mereka. Arman cuba turut campur, tetapi oleh kerana jumlah mereka ramai, beliau juga turut dibelasah. Dalam pergelutan itu, Arman dihentak di kepala, dan flashback berlaku, Arman teringat sesuatu, 12 tahun yang lalu.
Flashback
Arman atau nama sebenrnya Helmi, merupakan seorang  pemuda yang berasal dari kampung itu, yang mengusahakan kolam ikan yang dia usahakan sekarang bersama ustaz Syamsul. Beliau yang tinggal bersama Nek Wan, iaitu neneknya yang sebenar. Beliau bercinta dengan kakak kepada Syarmila, Zulaikha (Sasqia Dahuri) yang tegas dan selalu bergaduh dengan Zaki Rock. Mereka berdua ibarat merpati dua sejoli, segalanya diluahkan kepada Syarmila. Arman yang mabuk cinta sering hadir ke rumah Zulaikha untuk bertemunya, tetapi dihalang dan dihina oleh Tuan Khalid. Kadang kala, Zulaikha curi curi keluar untuk bertemu dengan Zulaikha. Jika diketahui, Tuan Khalid akan menyeksa beliau. Percintaan mereka menjadi cemuhan orang kampung kerana taraf hidup mereka yang berbeza, rupa yang tidak seperti pinang dibelah dua, dan perjumpaan antara mereka berdua berakhir dengan penyeksaan Zulaikha. Arman juga sering dipukul oleh Zack Rock atas arahan Tuan Khalid. Syarmila mencadangkan supaya mereka berkahwin, dan mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan mereka tidak dipersetujui oleh bapa Zulaikha, Tuan Khalid, dan ditentang hebat. Mereka membuat keputusan untuk melarikan diri dan berkahwin di Siam. Nek Wan menasihati supaya jangan lakukannya, kerana ia bakal mengundang kemarahan Tuan Khalid dan juga Zaki Rock. Arman berjanji akan pulang selepas semuanya selesai, dan berlalu pergi. Kata – kata Nek Wan ternyata benar, Tuan Khalid berjaya menghidu rancangan mereka, dan mengarahkan Zaki Rock mengejar mereka. Zaki Rock pergi dahulu dan diikuti oleh Tuan Khalid. Zaki Rock berjaya memintas Zulaikha dan Arman disebuah sungai. Tidak lama kemudian, Somchai datang dan menuntut sesuatu kepada Zaki Rock. Zaki Rock menunjuk kepada Zulaikha. Rupa – rupanya beliau ingin menjual Zulaikha kepada Somchai dengan harga yang tinggi. Somchai kemudian menyerahkan sejumlah wang yang banyak dan merogol Zulaikha. Arman tidak mampu untuk melawan kerana dipegang kuat oleh konco – konco Zack Rock. Arman pasrah dan meraung, Zack Rock hanya ketawa melihat tindak tanduk Arman dan adiknya yang sedang dirogol. Setelah semuanya berlalu, Arman berlari mendapatkan Zulaikha yang sudah nyawa – nyawa ikan. Zulaikha menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tuan Khalid tiba di tempat kejadian, mendapati Arman sedang memangku mayat anaknya yang berlumuran darah. Lantas, Zaki Rock mempersalahkan Arman. Beliau menuduh Arman yang merogol Zulaikha, seperti orang gila. Tuan Khalid berang, lalu menghentak Arman dengan belakang senapang patahnya. Beliau kemudiannya dipukul beramai – ramai sehingga cedera parah, Arman tidak melawan kerana kekecewaannya ke atas apa yang berlaku. Beliau hanya mahu mati. Arman tidak lagi sedarkan diri. Dia dicampak ke dalam sungai, lalu hanyut dan dijumpai oleh keluarga Dato’ Kamal dan Datin Khalida, yang tidak mempunyai anak. Dia dirawat, namun hilang ingatan. Sejurus bangun, Dato’ Kamal memperkenalkan dirinya sebagai ayahnya dan Datin Khalida sebagai ibunya, kerana rupanya mirip arwah anaknya. Kehidupan mereka bahagia sehinggalah keluarga mereka dirompak pada suatu malam. Yang merompak itu rupanya Somchai, Zaki Rock dan juga konconya. Keluarga Dato’ Kamal dan keluarganya dibunuh dengan kejam. Arman ketika itu baru pulang dari tempat kerjanya. Beliau terkejut dengan kejadian itu, tanpa terkecuali Arman juga diserang dan ditembak, tetapi terselamat.
Kemuncak
Arman terjaga dari pengsan, dan mendapati Ustaz Syamsul dan Nek Wan disebelahnya. Arman lantas memeluk Nek Wan dan menceritakan apa yang berlaku sebelum ini. Beliau ingin membalas dendam. Diberitakan juga bahawa Tuan Khalid telah mengarahkan Syarmila dikurung di dalam sebuah gudang. Arman tekad untuk menyelamatkan Syarmila, kerana tahu, Zaki Rock akan menjualnya kepada Somchai. Nek Wan merayu rayu supaya melupakan hasratnya, tetapi tidak diendahkannya. Arman dengan kemarahan yang berkobar – kobar, menuju ke gudang itu. Ustaz Syamsul menurutinya di belakang. Pergelutan berlaku antara Zaki Rock dan konconya, Tuan Khalid konconya, dan juga Arman bersama Ustaz Syamsul. Armand an Ustaz Syamsul kalah, dan senapang patah kini diacukan ke kepala Arman oleh Tuan Khalid. Ketika hampir Tuan Khalid menarik picu, Somchai dan konconya tiba dalam keadaan yang marah bagi menuntut janji Zaki Rock. Tuan Khalid terkejut dengan kata – kata Somchai. Polis tiba ditempat kejadian, dan gudang itu dikepong. Zaki Rock menarik adiknya untuk dijadikan tebusan, dan berlaku perbalahan mulut di situ. Zaki Rock cuba untuk melarikan diri, dan menembak Arman. Arman rebah, flashback berlaku. Zaki Rock di tembak oleh polis lalu mati. Nek Wan berlari dan terjatuh – jatuh bagi mendapatkan Arman yang sudah nyawa – nyawa ikan. Arman menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Penutup
Tuan Khalid menyesal atas sikapnya yang ego mengakibatkan dua orang anaknya dan juga seorang yang jujur, kehilangan nyawa. Beliau membuat keputusan mengahwinkan Ustaz Syamsul dan juga Syarmila.  Semasa majlis, Somchai datang membuat kacau dan menuntut janji dan hutang Zack Rock. Somchai menembak Tuan Khalid, tetapi hanya terkena bahu. Ustaz Syamsul meluru kea rah Somchai, lalu cuba menghalangnya. Bunyi tembakan kedengaran, Ustaz Syamsul memegang perutnya. Beliau melihat tangannya, namun tiada darah. Somchai rebah, lalu mati akibat ditempak oleh pihak polis. Anak buahnya diberkas. Ustaz Syamsul dan yang lain – lain ketawa lega. Percintaan antara Arman dan Zulaikha menjadi memori mereka berdua.
Cadangan Pelakon
Arman @ Helmi : Sopi Jikan
-          Seorang yang sedang kecewa dan fikirannya bercelaru akibat masalah yang dihadapinya
sofi jikan.jpeg

Zack Rock : Khir Rahman
-          Seorang yang gilakan rock, gangster, tetapi lawak kadang kala apabila mengugut. Seperti orang sakit jiwa.
khir rahman.jpg
Zulaikha : Sasqia Dahuri
-          Sorang yang tegas dan selalu bergaduh dengan abangnya, Zack Rock
Sasqia Dahuri.jpg
Syarmila : Wawa Zainal
-          Seorang adik yang lembut dan penyayang
wawa zainal.jpg
Ustaz Syamsul : Syukri Yahya
-          Seorang ustaz yang lurus bendul. Oleh kerana sifatnya itu, Syarmila menyukainya
syukri-yahya.jpg

Nek Wan: Wan Maimunah
-          Seorang nenek yang buta yang kesedihan kerana sebatang kara dan kehilangan cucu kesayangannya 12 tahun yang lalu.
wan maimunah.jpg
Tuan Khalid : Usop Wilcha
-          Seorang yang kaya tetapi bengis
usop wilcha.jpg










Somchai : Bront Palarae
-          Ketua Gangster yang menjalankan kerja – kerja haram, dan ketua kepada Zack Rock
bront palarae.jpg
Dato’ Khalid : Mustapha Kamal
-          Seorang usahawan berjaya yang kehilangan anak lelaki
mustapha kamal.jpg
Datin Khalida : Dian P Ramlee
-          Isteri Dato’ Khalid yang bersedih kerana kehilangan anaknya.
-          dian pramlee.jpg


Comments

Popular posts from this blog

BAB 6 : PERANG BERMULA