LANGIT RINDU V3
|
|
|
LANGIT RINDU
|
|
Kertas Cadangan Drama
|
|
|
|
Mohd Faizal
Ramli & Shema Hanip
|
|
19-Jul-17
|
|
|
Tajuk: Langit Rindu
Penulis : Mohd Faizal Ramli & Shema Hanip
Tema: Akasia
Pendahuluan:
Cerita ini merupakan cerita yang
berkisar mengenai seorang lelaki yang hilang ingatan, dan juga mengalami
tragedi yang mengorbankan nyawa keluarganya. Ketika beliau dalam kekusutan,
beliau sampai ke sebuah kampung, dan tanpa disedari, beliau mempunyai kisah
silam dan percintaan tragis di kampung tersebut. Beliau menjalani kehidupan
normal seharian di kampung itu, dan oleh sebab satu pergaduhan, beliau ingat
akan peristiwa dan memori percintaannya.
Mesej:
Penulis ingin menyampaikan bahawa
1.
Sikap ego hanya membawa kepada kerugian
2.
Sikap segelintir orang kampung yang suka memandang
hina
3.
Gangsterism membawa kerugian
4.
Walau kaya, tetapi kena selalu merendah diri
5.
Penyakit jiwa yang tidak diatasi akan membawa
kesan yang buruk
Sinopsis:
PEMBUKAAN
Mengisahkan
seorang lelaki, Arman (Sopi Jikan), anak kepada sebuah keluarga konglomerat
yang terkenal, yang mengembara tanpa hala tuju selepas kematian seluruh ahli
keluarganya yang dibunuh dengan kejam di dalam satu rompakan di rumah mereka.
Hanya beliau yang terselamat apabila beliau sempat dikejarkan ke hospital. Kes
masih dalam siasatan.
Di dalam
pengembaraannya itu, beliau terngiang – ngiang akan peristiwa pembunuhan keluarganya.
Ditangannya, beliau memegang sebuah kotak hadiah, yang diberikan oleh
keluarganya, tetapi Arman tiada kekuatan untuk membukanya. Beliau akhirnya tiba
di sebuah kampung. Sebaik turun dari bas, beliau mendapati kampung itu sangat
indah, dan mententeramkan jiwanya, seperti, itu adalah kampung halamannya
sendiri. Malangnya, beliau dipandang seperti tidak dialu alukan, mungkin kerana
beliau orang luar.
Beliau singgah di
sebuah kedai untuk membeli sedikit makanan dan minuman. Ketika hendak keluar
dari kedai tersebut, beliau terpandang seorang perempuan, Syarmila (Wawa Zainal),
yang sungguh ayu, berjalan di seberang jalan. Akibat terlalu asyik memerhatikan
wanita tersebut, beliau dilanggar sebuah motor yang dinaiki oleh ustaz Syamsul
(Syukri Yahya), yang lurus bendul. Beliau mengalami sedikit kecederaan akibat
kemalangan tersebut. Tanpa membuang masa, Ustaz Syamsul mempelawa beliau untuk
ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan.
Ustaz Syamsul
tinggal berjiran dengan seorang nenek, Nek Wan, yang buta (Wan Maimunah). Walaupun
Ustaz Syamsul bukan cucu Nek Wan, tetapi beliau menjaga Nek Wan, yang keseorangan
itu dan menganggapnya sebagai neneknya sendiri, selepas menamatkan pelajarannya
di sebuah sekolah pondok. Bersama nenek itu, ustaz itu mengurut dan merawat
kecederaan Arman. Dari situ, bermulalah persahabatan antara Arman dan Ustaz
Syamsul.
SUB-PLOT
Syarmila selalu
menghantar makanan di rumah mereka, kerana kasihan dengan Nek Wan. Perwatakan
Syarmila yang sopan, ayu dan seperti perempuan melayu terakhir itu membuatkan Ustaz
Syamsul menaruh hati kepadanya. Tetapi, perasaan itu hanya dipendam kerana
Syarmila berasal dari sebuah keluarga berada yang agak terkenal dengan
kekerasan. Bapanya, Tuan Khalid (Usop Wilcha), adalah seorang yang panas baran
dan bengis dan beliau adalah seorang usahawan barangan pembinaan yang
beroperasi di kampung itu. Sungguh pun ditakuti, Tuan Khalid menjadi tumpuan
penduduk kampung untuk meminjam wang, dan setiap pinjaman akan diikuti dengan
bunga yang tinggi. Jika gagal melunaskannya dalam masa yang ditetapkan, Tuan
Khalid akan mengarahkan konco – konconya untuk mencari peminjam tersebut dan
kekerasan akan digunakan untuk menuntut baki hutangnya itu. Juga, Tuan Khalid
sering menipu dan memeras dalam aktiviti perniagaannya. Sikap ini tidak digemari oleh Syarmila.
Syarmila sering
dimarahi oleh bapanya dan pernah dipukul kerana menghantar makanan ke rumah Nek
Wan dan Ustaz Syamsul. Ini kerana, Tuan Khalid memang tidak menyukai Nek Wan
kerana dendam lama yang tersemat di dalam hatinya. Tidak cukup dengan itu,
beliau juga dimarahi dan juga diugut oleh abangnya, Zaki Rock (Khir Rahman),
seorang gangster. Zaki Rock dikenali sebagai seorang gangster besar dan beliau
diketuai oleh seorang pemuda siam, Somchai (Bront Palarae), yang menguruskan
perniagaan haram. Zaki Rock yang dari kecil menjadi mangsa kekerasan bapanya
dan juga menjadi saksi kekerasan bapanya terhadap ibunya, menunjukkan sikap
seperti seorang yang mengalami tekanan perasaan. Baginya, hanya muzik rock yang
memahami jiwanya.
Arman memutuskan
untuk tinggal di kampung itu, dan membantu Ustaz Syamsul menguruskan kolam ikan
air tawarnya, dan juga hal – hal pengurusan masjid. Walaupun kehadirannya
seperti tidak diterima, beliau tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Pelbagai cara dilakukan bagi memenangi hati orang kampung, tetapi gagal. Dalam
diam, Arman juga menyimpan hati terhadap Syarmila, tetapi, perasaan itu seperti
ada yang tidak kena. Ia bukan kerana takutkan keluarga Syarmila, tetapi kerana
sesuatu yang tidak dapat diungkap olehnya.
Berita mengenai
kehadiran Arman diketahui oleh Zaki Rock. Perkara ini tidak disenangi oleh
beliau. Tanpa ada sebab yang kukuh, Zaki Rock sering mengganggu Arman dan Ustaz
Syamsul. Beliau berusaha sedaya upaya untuk mengusir mereka. Kadang kala, habis
kolam mereka dirosakkan oleh Zaki Rock dan konco - konconya. Tuan Khalid juga
merestui perbuatan ini. Namun, bagi Armand an Ustaz Syamsul, perkara ini
berlaku hanya kerana mereka orang baru di kampung itu.
Pada suatu hari, setelah
selesai menghantar makanan ke rumah Nek Wan, Syarmila menuju ke kolam ikan
untuk menghantar bekal kepada Arman dan Ustaz Syamsul. Mereka berdua keberatan
untuk menerima kerana takut Syarmila akan di apa – apakan oleh Zaki Rock dan
konconya. Syarmila berkeras untuk memberikan bekalan itu kepada mereka.
Walaupun berat hati, mereka berdua menerima dan makan bersama. Malang nasib
mereka pada hari tu, seperti yang diduga, Zaki Rock lalu di kolam ikan tersebut
bersama Somchai, dan dia terlihat adiknya sedang makan dan berbual dengan Arman
dan Ustaz Syamsul. Zaki Rock begitu marah, dan menarik adiknya dengan kasar. Beliau
kemudiannya memukul adiknya itu tanpa belas kasihan. Perbuatannya cuba dihalang
oleh Ustaz Syamsul yang tiba – tiba berlagak seperti gangster bagi menakut –
nakutkan geng Zaki Rock. Akibatnya, beliau dibelasah teruk oleh mereka. Arman
cuba turut campur, tetapi oleh kerana jumlah mereka ramai, beliau tidak mampu
untuk menangani mereka. Dalam pergelutan itu, Arman dihentak di kepala, dan imbas
kembali berlaku, Arman teringat sesuatu, 12 tahun yang lalu.
IMBAS KEMBALI
Arman atau nama
sebenarnya Helmi, merupakan seorang
pemuda yang berasal dari kampung itu, yang bekerja sebagai seorang
operator kilang. Beliau tinggal bersama neneknya, iaitu Nek Wan. Beliau
bercinta dengan kakak kepada Syarmila, Zulaikha (Sasqia Dahuri) yang tegas dan
selalu bergaduh dengan Zaki Rock. Syarmila juga tidak menyenangi sikap dan
aktiviti yang dijalankan oleh bapanya. Setelah tamat belajar, beliau enggan
untuk bekerja dengan bapanya bagi menguruskan syarikat pembekal barangan
pembinaan milik bapanya. Ini kerana, beliau tidak mahu bersekongkol dengan
bapanya menjalankan aktiviti memeras penduduk kampung. Beliau membuat keputusan
untuk bekerja di kilang yang sama dengan kekasih hatinya.
Helmi
dan Zulaikha ibarat merpati dua sejoli. Ini amat tidak disenangi oleh Zaki Rock
dan Tuan Khalid. Bagi memisahkan mereka berdua, Tuan Khalid mengarahkan Zaki
Rock untuk mengganggu mereka berdua di kilang tersebut. Pengawal keselamatan
kilang itu mempunyai hutang tertunggak yang agak tinggi dengan Tuan Khalid,
membuatkannya terpaksa akur dengan ugutan Zaki Rock, bagi membenarkannya masuk
ke dalam kilang tanpa halangan. Pelbagai masalah sering ditumbulkan oleh Zaki
Rock, termasulah mengupah pekerja kilang tersebut untuk melakukan khianat ke
atas Helmi.
Pada satu malam,
Helmi dan Nek Wan kehabisan beras dan makanan. Kasihan melihat neneknya yang
lemah akibat tidak makan, Helmi berhasrat untuk mencari ikan di sungai yang
berdekatan. Hasrat ini cuba dihalang oleh neneknya kerana hari sudah larut
malam, dan neneknya tidak sedap hati, seperti ada sesuatu yang buruk bakal
berlaku. Neneknya cuba memujuk Helmi untuk melupakan hasratnya itu dan menunggu
sehingga siang. Helmi berdegil dan terus keluar bagi meneruskan hasratnya. Ketika
sedang mencari ikan, Helmi terpandang ke satu kawasan paya bakau. Dilihatnya,
ada sekumpulan manusia yang sedang mencurigakan. Beliau memberanikan diri untuk
melihat lebih dekat. Di dalam kumpulan manusia itu, dia melihat satu susuk
tubuh yang amat dikenalinya, Zaki Rock. Zaki Rock sedang memberikan arahan
kepada konco – konconya untuk memunggah sesuatu dari bot mereka. Oleh kerana
arus sungai yang mengalir, tanpa disedari sampan Helmi semakin mendekati posisi
Zaki Rock. Perkara ini disedari oleh Zaki Rock, dan beliau mengarahkan konconya
untuk menangkap Helmi. Belum sempat untuk berbuat demikian, satu bot
Penguatkuasa Kastam tiba di kawasan tersebut dan memberikan amaran kepada
mereka untuk menyerah atau mereka akan diserbu. Zaki Rock serta konconya bergegas
melarikan diri. Oleh kerana Helmi hanya menaiki sampan, beliau telah ditangkap
oleh penguatkuasa tersebut dan dituduh menjadi penyeludup. Helmi telah ditahan
dan disoal siasat selama beberapa hari, dan akhirnya dilepaskan kerana
penguatkuasa percaya yang beliau hanya mangsa keadaan. Tetapi malang buat
Helmi, pihak kilang telah memberhentikannya kerana kes tersebut dan bagi
mengelakkan dari Zaki Rock terus membuat kacau di dalam kilang itu.
Helmi menjadi
tidak keruan. Beliau sukar untuk mendapatkan kerja baru. Nek Wan pula semakin
tenat. Fikirannya terganggu, keadaannya tidak terurus. Helmi juga yang mabuk
cinta sering hadir ke rumah Zulaikha untuk bertemunya, tetapi dihalang dan
dihina oleh Tuan Khalid. Kadang kala, Zulaikha curi curi keluar untuk bertemu
dengan Helmi, tetapi akan berakhir dengan penyeksaan dari Tuan Khalid jika ditangkap
oleh Zaki Rock atau konco Tuan Khalid. Percintaan mereka menjadi cemuhan orang
kampung kerana taraf hidup mereka yang berbeza, rupa yang tidak seperti pinang
dibelah dua, dan perjumpaan antara mereka berdua yang berakhir dengan
penyeksaan Zulaikha. Helmi sering dimarah dan dipujuk oleh penduduk kampung
untuk melupakan Zulaikha kerana kasihan melihat Zulaikha yang sering diseksa
oleh Tuan Khalid. Tidak cukup dengan itu, Helmi juga sering dipukul oleh Zack
Rock atas arahan Tuan Khalid.
Suka duka dunia
percintaan antara Helmi dan Zulaikha sering diluahkan oleh Zulaikha kepada
adiknya, Syarmila. Melihatkan keadaan percintaan mereka berdua yang semakin
meruncing, Syarmila mencadangkan supaya mereka berdua untuk melarikan diri dan berkahwin.
Zulaikha menerima cadangan tersebut dan memujuk Helmi untuk bersetuju dengan
cadangan itu. Nek Wan menghalang perbuatan mereka, takut – takut perkara itu
bakal mengundang perkara yang buruk. Helmi juga tidak bersetuju, kerana berat
hati untuk meninggalkan neneknya yang buta dan keseorangan itu. Syarmila
berjanji akan menjaga Nek Wan dan membuatnya seperti neneknya sendiri, dan
apabila keadaan kembali reda, beliau akan menghubungi mereka berdua bagi
membawa Nek Wan keluar dari kampung itu pula. Setelah berfikir panjang, Helmi bersetuju
dan berjanji akan pulang selepas semuanya selesai.
Mereka mula
melarikan diri dicelah – celah kegelapan malam. Kata – kata Nek Wan ternyata
benar, Tuan Khalid berjaya menghidu rancangan mereka, dan mengarahkan Zaki Rock
mengejar mereka. Zaki Rock pergi dahulu dan diikuti oleh Tuan Khalid. Zaki Rock
berjaya memintas Zulaikha dan Helmi disebuah sungai. Tidak lama kemudian,
Somchai datang dan menuntut sesuatu kepada Zaki Rock. Zaki Rock menunjuk kepada
Zulaikha. Rupa – rupanya beliau ingin menjual Zulaikha kepada Somchai dengan
harga yang tinggi. Somchai kemudian menyerahkan sejumlah wang yang banyak dan
merogol Zulaikha. Helmi tidak mampu untuk melawan kerana dipegang kuat oleh konco
– konco Zaki Rock. Helmi yang tidak berdaya itu pasrah dan meraung, Zaki Rock
hanya ketawa melihat tindak tanduk Arman dan adiknya yang sedang dirogol.
Setelah semuanya berlalu, Helmi berlari mendapatkan Zulaikha yang sudah nyawa –
nyawa ikan. Zulaikha menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tuan Khalid tiba di
tempat kejadian, mendapati Helmi sedang memangku mayat anaknya yang berlumuran
darah. Zaki Rock yang menjadi serba salah melihatkan adiknya yang sudah tidak
bernyawa dan takut dengan kehadiran bapanya itu lantas menuduh Helmi yang merogol
Zulaikha, seperti orang gila. Tuan Khalid berang, lalu menghentak Helmi dengan
belakang senapang patahnya. Beliau kemudiannya dipukul beramai – ramai sehingga
cedera parah, Helmi tidak melawan kerana kekecewaannya ke atas apa yang berlaku.
Beliau hanya mahu mati. Helmi tidak lagi sedarkan diri. Beliau dicampak ke
dalam sungai, lalu hanyut mengikut arus sungai, menuju kelautan.
Dato’ Kamal (Mustapha
Kamal) dan Datin Khalida (Dian P Ramlee),baru sahaja kehilangan anak lelakinya mati
kerana kapal layar yang dinaikinya karam. Datin Khalida yang terganggu
fikirannya kerana kehilangan anaknya itu, sering berkunjung tepian pantai dan
berharap anaknya akan pulang. Pada satu hari, Dato’ Kamal yang sedang menemani
isterinya di tepian pantai, terlihat ada satu susuk tubuh yang terdampar di
atas sebiji batu. Susuk tubuh itu adalah Helmi yang telah hanyut dibawa arus
ombak. Datin Khalida bergegas mendapatkan Helmi, dan memeluknya. Beliau
menyatakan bahawa anaknya telah pulang dan menangis – nangis. Dato’ Kamal
berfikir, jika isterinya bersikap sedemikian, mungkin ini boleh membantunya
merawat fikiran dan kesedihan isterinya itu. Helmi dibawa ke sebuah hospital
pakar swasta untuk diberikan rawatan. Sejurus sedar dari koma beberapa bulan
kemudian, beliau tidak mengingati apa – apa dan siapa dirinya. Dato’ Kamal
memperkenalkan dirinya sebagai ayahnya dan Datin Khalida sebagai ibunya. Helmi
diberikan identiti baru, iaitu Arman, identiti milik anak lelaki Dato’ Kamal
yang telah meninggal dunia itu. Arman diberikan pendidikan sehingga peringkat
tertinggi di luar negara.
Semasa belajar
diluar negara, Arman sering mendapat mimpi buruk yang tragis tetapi tidak
jelas. Kadang kala, beliau terlihat imbasan seorang perempuan yang sering
tersenyum (Zulaikha). Kadang kala, perempuan itu seperti membisikkan ayat –
ayat cinta yang seperti telah biasa didengari oleh Arman. Di sana juga, beliau
terjumpa seorang wanita (Syarmila) di fakultinya, yang sering mengelak apabila
berjumpa dengannya. Beliau sering tertanya – tanya, siapa perempuan itu dan
kenapa perempuan itu menjauhinya.
Di Malaysia pula,
Dato’ Kamal sibuk menyiasat identiti sebenar Arman @ Helmi. Beliau sering
berulang alik berjumpa pakar, bertanyakan kondisi isterinya dan Arman. Beliau
juga mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat kehidupan Arman sebelum
ini. Beliau merasakan ada satu perasaan yang kuat mengenai Arman ini. Akhirnya,
beliau mendapat bukti yang sangat mengejutkan beliau. Beliau berasa sungguh
gembira, tetapi oleh kerana kondisi mental Arman yang disahkan masih belum
stabil, beliau merahsiakannya. Takut kisah sebelum tragis sebelum ini
memburukkan keadaan Arman. Dato’ Kamal cuba membuka cerita ini kepada Datin
Khalida, tetapi, belum lagi Dato’ Kamal menghabiskan ceritanya, Datin Khalida
memberitahu bahawa beliau telah pun ketahuinya. Ia adalah naluri seorang ibu.
Mereka berjanji, akan memberitahunya pada hari jadinya yang ke-30.
Sepulangnya beliau
ke Malaysia, Arman mengambil alih syarikat milik Dato’ Kamal dan berjaya
menaikkannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan kejayaan Arman memacu
syarikat tersebut, keluarga Dato’ Kamal menjadi sebuah keluarga konglomerat
yang disegani. Kekayaan mereka itu menyebabkan mereka menjadi tumpuan
penjenayah. Sering kali, mereka menerima ugutan dari penjenayah, dan adik
perempuan Arman juga hampir dicolek oleh penjenayah.
Hari itu, merupakan
hari jadi Arman yang ke-30. Pagi itu, Dato’ Kamal dan Datin Khalida menggesa
supaya Arman pulang awal, untuk menyambut hari jadinya. Arman bersetuju lalu
keluar untuk ke pejabat. Malam itu, ketika itu Arman baru sahaja pulang dari
tempat kerja, beliau mendapati pintu pagar rumah mereka terbuka. Pintu rumah
mereka tidak berkunci. Lampu rumahnya tertutup. Apabila Arman berjaya membuka
lampu, beliau dapat melihat persiapan untuk menyambut hari jadinya. Anehnya,
sebahagiannya berterabur. Beliau melihat sekeliling, alangkah terkejutnya
melihat ibu bapanya terikat di atas kerusi, berlumuran darah dan tidak bernyawa.
Adiknya ditemui tidak bernyawa di dalam biliknya. Arman merangkul adiknya itu
dan menangis dan meraung. Raungan ini disedari oleh perompak yang masih berada
di bilik utama yang sedang menggeledah bagi mencari barang berharga. Perompak –
perompak itu bergegas mendapatkan Arman di bilik adiknya. Ketua perompak itu
mengacukan pistolnya ke arah Arman. Tanpa belas kasihan, Arman ditembak
beberapa kali di tubuh badannya. Sebelum memejamkan matanya, Arman dapat
mendengar dan melihat dengan jelas suara dan rupa perompak tersebut. Mereka
adalah Somchai, Zaki Rock, serta konco – konco mereka.
KEMUNCAK
Helmi terjaga dari
pengsan, dan mendapati Nek Wan disebelahnya. Helmi lantas memeluk Nek Wan dan
menceritakan apa yang berlaku sebelum ini. Nek Wan berasa terkejut mendengar
cerita itu. Nek Wan menangis teresak – esak. Tetapi, ia bukan kerana cucu
kesayangannya telah kembali, tetapi ada cerita lain. Nek Wan sebenarnya
terkejut mendengar Nama Dato’ Khalid dan Datin Khalida. 25 tahun yang lalu, Nek
Wan merupakan seorang hartawan yang sombong, selalu memandang rendah kepada
orang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Kamal (Dato’ Kamal).
Perkahwinan antara Kamal dan isterinya, Khalida tidak mendapat restunya. Mereka
dikurniakan anak kembar lelaki Arman dan Helmi. Khalida sering dihina dan
diseksa ketika Kamal pergi bekerja. Ditakdirkan, pada suatu malam, rumah mereka
terbakar. Di dalam kekalutan itu, mata Nek Wan telah disambar api, membuatkan
beliau buta. Kamal berjaya membawa semua ahli keluarganya sehingga ke pintu
keluar. Ketika itu, Nek Wan memegang Helmi, dan Khalida memegang Arman. Ketika
hendak keluar, palang rumah mereka terjatuh. Khalida berjaya menolak Nek Wan
keluar, tetapi, malangnya, yang lain tidak dapat keluar. Nek Wan insaf, kerana
bagi Nek Wan, apa yang berlaku ini adalah balasan kepada keangkuhan beliau. Nek
Wan membawa Helmi pergi dari situ. Tidak disangka, rupanya Kamal dan Khalida
berjaya menyelamatkan diri, tetapi mereka akhirnya pengsan dan dibawa ke
hospital.
Setelah mendengar
cerita tersebut, Helmi teringat akan kotak hadiah yang diberikan oleh
keluarganya. Beliau mencari kotak itu, dan membukanya. Alangkah terkejutnya, di
dalam kotak itu ada mengandungi gambar – gambar keluarga mereka 25 tahun yang
lalu. Ia juga mengandungi surat yang ditulis oleh Dato’ Kamal dan Datin Khalida
yang menceritakan kisah mereka dan siasatan yang Dato’ Kamal lakukan. Helmi
meraung dan menangis. Hatimya remuk. Beliau ingin membalas dendam terhadap apa
yang telah Somchai dan Zaki Rock lakukan kepada beliau. Nek Wan merayu rayu
supaya melupakan hasratnya, tetapi tidak diendahkannya. Ustaz Syamsul tiba di
rumah Nek Wan. Beliau menceritakan bahawa Syarmila telah ditahan disebuah gudang
oleh Tuan Khalid dan konconya. Beliau juga terdengar perbualan telefon antara
Zaki Rock dan Somchai. Somchai menagih sesuatu. Dari situ, Helmi percaya bahawa
Syarmila bakal dijual kepada Somchai, sama seperti yang dilakukan olehnya 12
tahun dahulu kepada Zulaikha. Helmi dengan kemarahan yang berkobar – kobar,
menuju ke gudang itu. Ustaz Syamsul menurutinya di belakang. Pergelutan berlaku
antara Zaki Rock, Tuan Khalid serta konconya, dan juga Helmi bersama Ustaz Syamsul.
Di dalam kegawatan itu, Ustaz Syamsul berjaya melepaskan Syarmila apabila Zaki
Rock berpura – pura kalah kepada Ustaz Syamsul. Mereka berdua melarikan diri,
tetapi tidak jauh kerana berjaya ditahan oleh konco Tuan Khalid.
Mereka bertiga kini
berada di depan Tuan Khalid. Syarmila merayu – rayu supaya bapanya insaf dan
kenang kembali apa yang berlaku kepada Zulaikha. Tuan Khalid tidak peduli.
Ketika picu senanpang hampir ditarik, Somchai dan konconya tiba dalam keadaan
yang marah bagi menuntut janji Zaki Rock. Ketika itu, terimbas perbualan
telefon antara Zaki Rock dan Somchai. Somchai bertegas untuk menuntut harta
rompakan di rumah Dato’ Kamal dulu. Tetapi malangnya, harta itu telah habis
dijoli. Sebagai ganti, Zaki Rock akan menjual Syarmila kepada Somchai. Zaki
Rock sebenarnya sedar akan kehadiran Ustaz Syamsul yang mengintipnya. Dengan
liciknya, Zaki Rock mengumpan Ustaz Syamsul untuk menyelamatkan Syarmila.
Apabila mereka datang, beliau akan berpura – pura kalah, dan melepaskan Syarmila.
Pada ketika itulah, sepatutnya Syarmila akan ditangkap oleh konco – konco
Somchai. Tetapi mereka berjaya ditahan terlebih dahulu oleh konco Tuan Khalid. Tuan
Khalid terkejut dengan kata – kata Somchai yang menuntut Syarmila. Polis tiba
ditempat kejadian, dan gudang itu dikepong. Zaki Rock menarik adiknya untuk
dijadikan tebusan, dan berlaku perbalahan mulut di situ. Bayangan Zulaikha
hadir dihadapan Helmi. Helmi tiba – tiba mendapat satu semangat yang luar
biasa. Beliau meluru ke arah Zaki Rock, dan berjaya menyelamatkan Syarmila.
Malangnya, Zaki Rock telah berjaya melepaskan tembakan. Helmi rebah, beliau
terimbas kembali bibit bibit percintaan antara beliau dan Zulaikha berlaku.
Zaki Rock di tembak oleh polis lalu mati. Nek Wan berlari dan terjatuh – jatuh
bagi mendapatkan Helmi yang sudah nyawa – nyawa ikan. Helmi menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
PENUTUP
Tuan Khalid menyesal atas sikapnya
yang ego mengakibatkan dua orang anaknya dan juga seorang yang jujur,
kehilangan nyawanya. Beliau membuat keputusan mengahwinkan Ustaz Syamsul dan
juga Syarmila. Semasa majlis, Somchai
datang membuat kacau dan menuntut janji dan hutang Zaki Rock. Somchai menembak
Tuan Khalid, tetapi hanya terkena bahu. Ustaz Syamsul meluru ke arah Somchai,
lalu cuba menghalangnya. Bunyi tembakan kedengaran, Ustaz Syamsul memegang
perutnya dan melihat telapak tangannya, namun tiada darah. Somchai rebah, lalu
mati akibat ditempak oleh pihak polis. Anak buahnya diberkas. Ustaz Syamsul dan
yang lain – lain ketawa lega. Percintaan antara Arman dan Zulaikha menjadi
memori mereka berdua.
Cadangan Pelakon
Arman @ Helmi : Sopi Jikan
-
Seorang yang sedang kecewa dan fikirannya
bercelaru akibat masalah yang dihadapinya

Zack Rock : Khir Rahman
-
Seorang yang gilakan rock, gangster, tetapi
lawak kadang kala apabila mengugut. Seperti orang sakit jiwa.

Zulaikha : Sasqia Dahuri
-
Sorang yang tegas dan selalu bergaduh dengan
abangnya, Zack Rock

Syarmila : Wawa Zainal
-
Seorang adik yang lembut dan penyayang

Ustaz Syamsul : Syukri Yahya
-
Seorang ustaz yang lurus bendul. Oleh kerana
sifatnya itu, Syarmila menyukainya

Nek Wan: Wan Maimunah
-
Seorang nenek yang buta yang kesedihan kerana
sebatang kara dan kehilangan cucu kesayangannya 12 tahun yang lalu.

Tuan Khalid : Usop Wilcha
-
Seorang yang kaya tetapi bengis

Somchai : Bront Palarae
-
Ketua Gangster yang menjalankan kerja – kerja
haram, dan ketua kepada Zack Rock

Dato’ Khalid : Mustapha Kamal
-
Seorang usahawan berjaya yang kehilangan anak
lelaki

Datin Khalida : Dian P Ramlee
-
Isteri Dato’ Khalid yang bersedih kerana
kehilangan anaknya.
-


Comments
Post a Comment