NAJIHAH DI PINTU SYURGA
NAJIHAH DI PINTU SYURGA Kertas Cadangan Drama Mohd Faizal Ramli & Shema Hanip 10-MAC-2018 Tajuk: Najihah Di Pintu Syurga Penulis : Mohd Faizal Ramli & Shema Hanip Tema: Kekeluargaan Tragis Log Line: Kisah menyelusuri kehidupan protagonis yang masih kecil yang kehilangan keluarga, kerana masalah pergolakan keluarganya. Pergolakan demi pergolakan berlaku pada dirinya yang pada akhirnya menyebabkan nyawanya diragut. Pendahuluan: Cerita ini merupakan cerita yang berkisar mengenai seorang budak perempuan yang dilahirkan dengan status anak sah nikah, tetapi disebabkan oleh masalah sosial ibunya, statusnya diragui sehingga menimbulkan fitnah dikalangan keluarganya. Pernikahan antara ibu bapanya berlaku akibat ditangkap basah kerana salah faham penduduk kampung. Selepas diketahui oleh keluarga perempuan, dan perempuan tersebut melahirkan protagonis, beliau telah hilang ingatan dan dilarikan kelu...